Kelebihan, kelemahan dan kegunaan kayu Belian

Kelebihan, Kelemahan Dan Kegunaan Kayu Belian

Ogos 7, 2009 · Filed under Article, kayu belian · Tagged kayu belian

Kayu Belian adalah antara kayu paling keras di Malaysia. Pada masa kini semakin kurang jumlah kayu belian akibat pembalakan menyebabkan spesis kayu ini susah hendak didapati. Didalam proses untuk menghasilkan perabot yang berasaskan kayu belian beberapa halangan perlu ditempuhi seperti mencari dan mengeluarkan banir kayu dari hutan rimba. Ini kerana mencari banir kayu belian tidak semudah yang disangka dan salah satu halangan ialah semasa memotong banir kayu kerana rantai mesin pemotong akan tumpul dek kekerasan kayu tersebut.

Kelebihan Kayu Belian :

1. Antara kayu paling keras dalam jenis kayu kategori berat.

2. Tidak diserang oleh serangga perosak.

3. Kekuatan kekerasan kayu tidak menyusut walaupun terdedah kepada panas dan hujan.

Kelemahan :

1. Sukar didapati.

2. Berat.

Kegunaan :

1. Perabot Unik.

2. Tiang elektrik.

3. Tiang rumah dan jambatan.

4. Kayu lapik landasan keretapi.

5. Cerucuk.

Kelebihan Perabot Kayu Belian.

1. Nilai estetika.

2. Tahan lama.

3. Semakin lama usia perabot kayu belian tersebut nilainya akan meningkat.

4. Amat sukar untuk mengeluarkan dari hutan dan susah untuk dicari menjadi faktor sesuatu perabot menjadi mahal.

5. Rekabentuk yang unik, semulajadi dan berlainan (tidak akan ada persamaan pada setiap model).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0

Your Cart

%d bloggers like this: