Belian Wood Cutting Board

铁木 (红木 ,盐柴 ,红柴 )切菜砧板
Made of Solid Belian Wood
Strictly for cutting vegetables & meats only.
Do not use this Cutting Board for Chopping any meats with bone.

Price : RM21.80

Product Description

Kayu Belian (Eusideroxylon zwageri) merupakan sejenis kayu keras yang bukan tergolong dalam kumpulan dipterokarpa. Pokok Belian ini merupakan ahli famili Lauraceae. Pokok belian tumbuh dengan perlahan dan mengambil masa sehingga 120 tahun untuk mencapai garis pusat 30 cm. Walau bagaimanapun, anak benihnya mudah bercambah di persekitaran yang sesuai. Pokok ini boleh tumbuh sehingga 30 m tinggi, dengan diameter batang pokok mencapai 1 m. Biji benih belian beracun dan sangat keras. Taburan semula jadinya adalah di Indonesia (Kalimantan dan Sumatera), Malaysia (Sabah dan Sarawak) dan Filipina. Pokok ini dikenali sebagai belian (Sabah dan Sarawak); Borneo ironwood (European Union); belian, onglen, tebelian, tulian, dan ulin (Indonesia) serta biliran, sakian dan tambulian (Filipina). Belian tumbuh di kawasan hutan tanah pamah dan hutan sekunder dengan ketinggian 500 m dari paras laut. Biasanya, pokok belian boleh dijumpai di sepanjang sungai. Pokok belian merupakan pokok rasmi negeri Sarawak.
Kayu belian tergolong dalam kumpulan kayu keras berat yang bermutu dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Kayunya sangat keras, tidak mudah reput dan tahan secara semula jadi disebabkan ciri-ciri anatomi unik sehingga ia digelar ”Borneo ironwood”. Tunggul kayunya akan kekal di tanah sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya. Kerana kepadatannya, Eusideroxylon zwageri merupakan salah satu antara beberapa kayu lain yang tidak timbul di dalam air. Kayu belian banyak digunakan dalam pembinaan berat dan berskala besar seperti membuat struktur rumah, tiang, lantai dan dinding. Kepingan belian juga dibuat sebagai hiasan luar bumbung rumah. Struktur rumah panjang kaum Dayak juga dibina menggunakan kayu belian. Kaum cina juga amat menghargai keranda yang diperbuat daripada belian.
* Never dry this Belian Wood under the Sun or in the oven as it will crack
* All Belian Wood are not perfect. They have no uniform standard textures & colour . Every piece is different .
* The colour may varies due to light .

Reviews

Review Belian Wood Cutting Board.

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.